Pelajari
Matematik Cara Mudah Di CIC.
Program ini akan membantu merangsang
perkembangan otak kiri dan kanan kanak-kanak disamping dapat meningkatkan
keupayaan berfikir dengan logik untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Konsep yang diajar di dalam Program New Maths
ini adalah keupayaan memerhati, berfikir secara logik, kemahiran pengiraan,
menguatkan daya, ingatan, koordinasi antara deria-motor, kreativiti, 100 teori
asas matematik dalam konsep terbitan, warna, bentuk, pemetaan ruang dan
bayangan geometri.
Kanak-kanak akan diberikan satu 'brief case'
mengandungi 3 buku mengikut peringkat, krayon, pen berwarna, tangram, carta
dinding mini, pelekat bernombor dan bahan belajar yang interaktif demi
merangsang perkembangan minda kanak-kanak.
Ciri-ciri bahan mengajar ini sangat menarik
dan efektif yang hanya memerlukan pengawasan minimum untuk setiap peringkat,
suasana pembelajaran yang bercirikan interaktif dan pemenang 9 kali anugerah
"Kid Mathematics Teaching Material Highest Honorary Awards"
menggunakan kaedah pengajaran dan alat bantu mengajar yang menumpu secara
menyeluruh kepada setiap kanak-kanak.
Dengan nisbah bilangan guru dan murid yang
kecil iaitu satu guru, 10 kanak-kanak, CIC percaya sangat bermanfaat. Antaranya
adalah pendekatan yang kreatif oleh guru-guru dapat membantu kanak-kanak
menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan nombor dan masalah matematik.
Disamping dapat merangsang perkembangan otak kiri dan kanan kanak-kanak itu,
kerjaya dan masa depan seseorang akan lebih luas dan cerah jika seseorang
individu dapat menguasai kerumitan dalam subjek Matematik.
Terdapat 3 peringkat di dalam program ini
iaitu Peringkat Rendah (Peringkat 1 & 2), Peringkat Pertengahan (Peringkat
3 & 4) dan Peringkat Atas (Peringkat 5 & 6). Kanak-kanak akan diuji
untuk menentukan mereka di peringkat yang mana.
Tunggu Apa Lagi. Jom daftar segera